Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca yang sedang membaca XOXO...
Okay, petang yang sejuk, redup baru lepas hujan ni, izinkan saya mengolah serangkap dua input yang ingin dikongsikan buat semua. In Shaa Allah bermanfaat dan berguna kepada semua yang membaca dan kepada semua yang betul-betul ingin membaca sebarang perkongsian daripada BangZek kita pada petang ini. Wah, macam juruhebah radio pula, hahahaha...
Baik, kita berbalik pada point utama yang ingin dikongsikan pada petang ini iaitu mengenai MASA.
MASA
Sedaghe sekalian, masa ialah kitaran waktu yang bergerak di sekeliling kita dan mengukur keadaan sepanjang hari dalam satu bentuk yang kita panggil masa. Apa yang saya faham, masa ini ibarat penjara dan kita tinggal di dalamnya. Jika kita tak reti mengawal masa, mengikut masa, dan mematuhi masa maka kita akan kekal terperangkap di dalam masa dan tidak ke mana-mana sedangkan masa meninggalkan kita tanpa berlengah lagi.
Masa itu ada panggilannya iaitu detik, saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, dan abad. Abad itu bersamaan 100 tahun. Dekad itu bersamaan 10 tahun. Tahun itu bersamaan 12 bulan. 1 bulan itu bersamaan 4 minggu. 1 minggu itu bersamaan 7 hari. 1 hari itu bersamaan 24 jam. 1 jam itu bersamaan 60 minit. 1 minit itu bersamaan 60 saat. 1 saat itu bersamaan 100 detik.
Adakah MASA ialah makhluk ciptaan tuhan juga seperti kita? Ada pendapat mengatakan masa itu merupakan satu dimensi yang mencipta peristiwa yang mana jasad nyata terkandung di dalamnya. Definisi masa yang begitu tinggi untuk difahami dan dicapai bukan?
Orang kata, masa itu ibarat emas. Ada juga yang kata masa itu ibarat mata pedang, ia mampu membunuh mahupun menikam tanpa belas ihsan. Masa yang kita bincangkang sekarang ini dalam konteks mudahnya ialah waktu harian kita yang mana kita gunakan masa untuk melakar segala urusan dan projek yang kita ingin lakukan sepanjang hari, esok hari, kemudian hari, dan hari-hari seterusnya. Maka, jika kita bijak dalam menguruskan masa, maka hari-hari kita akan sempurna, lancar dan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah, In Shaa Allah.
Namun, apa yang inginsaya ulas lebih lanjut ialah berkenaan konsep masa dan fahaman tentang masa dalam kalangan orang melayu kita sendiri. Apa yang saya dapat lihat, orang melayu kita merupakan salah satu bangsa di dunia yang leka dan tak peka dengan masa. Sehinggakan wujud istilah 'JANJI MELAYU' yang mana ianya merujuk kepada orang melayu kita yang tidak menepati masa terhadap sesuatu pertemuan yang telah disepakati ataupun dijanji, Masa tidak dianggap penting dan sering dipandang sebelah mata.
Hal berkenaan masa dalam kalangan orang melayu ini nampaknya semakin serius dimana jika tidak dibendung, sikap tidak menghormati masa ini akan diwariskan dari generasi ke generasi hingga bangsa MELAYU ini sendiri bakal pupus HANYA kerana tidak menghormati masa. Kata mudahnya, dek kerana masa, bangsa boleh musnah. Benar, bangsa boleh musnah sekelip mata andai kita terus memandang enteng akan perkara yang kita namakan MASA ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MASA adalah mutlak dan tetap. ianya tidak boleh diubah, ditetapkan, dan diselewengkan. Ianya akan terus bergerak. Kita akan ditinggalkan andai tidak mengejarnya. Mudah kata, masa boleh menjadi kawan mahupun lawan, bergantung akan bagaimana kita mengawal dan menyusun atur masa kita sendiri.
Berbalik kepada permasalahan kita yang utama sebagai bangsa MELAYU. Masa dikalangan orang melayu ini sudah mula menampakkan bibit-bibit negatif ataupun ke lembah kemusnahan kerana anak bangsa kita tidak dididik sejak kecil akan kepentingan masa yang sebenar-benarnya. Apa yang mereka tahu, meraka cuma terdedah dengan kesedaran mengenai masa dan cara menghargai masa tapi tidak dididik untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, seorang pekerja baru yang mendapat pekerjaan di syarikat baru. Dia tidak tahu cara melaksanakan kerja yang sebetulnya, hanya tahu prospek perlaksanaan kerja yang dia reti dan pandai. Maka, tanpa bimbingan pekerja yang lain, maka dia akan terkontang kanting dalam melaksanakan pekerjaan beliau dan tak menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Begitu juga dengan anak cucu kita, mereka perlu dibantu dan dibimbing dalam memahami masa dan mematuhi masa supaya bila sudah besar, mereka dapat mengolah masa dengan lebih baik dan tidak hanya ditakuk lama.
Orang MELAYU ni sedaghe, seperti mana yang kita tahu, ia akan mudah melatah bila ditegur. Kita menegur dengan niat nak memperbetulkan mana yang biasa dan membiasakan mana yang betul. Tapi seringkali disalahtafsir sebagai ingin menunjuk pandai dan memandai mandai. Sedarlah wahai bangsaku sekalian, kita sekarang ini perlu bangkit kembali memartabatkan ketuanan melayu di tanah air sendiri. Kita yang mentadbir, Kita yang berkuasa. Kita yang memimpin. Macam mana? Hanya dengan MASA sedaghe. Hanya masa yang mampu mengubah kita semua.
Sekian, jumpa lagi...