Khamis, 24 November 2016

Penulisan Bagi Aku

  Menulis sebenarnya bukanlah bidang aku. Tak pernah terlintas sekali pun dalam hidup untuk jadi seorang penulis. Bagi aku dulu, penulis mesti ada sebatang pen dan buku untuk ditulis. Hahahaha, quite weird. But now aku dah tahu. Menulis bukanlah dalam konteks asas yang sebegitu rupa. Malah aku sepatutnya tiada masa untuk menulis kerana lebih tertumpu pada pembelajaran dan focus terhadap industri Esport Gaming yang aku sedang ceburi kini. Dalam pada ketika ini, sepatutnya kini akusedang berada di depan telefon pintar dengan ditemani lagu muzik Jazz sebagai penghibur telinga dalam  mengecap semangat untuk terus bertahan di kerusi apabila sedang asyik dan leka dengan mobile game tersebut.
   

   Menulis sebenarnya luas. Even dalam media social sekali pun, kita sebenarnya adalah seorang penulis jika kita memang rajin update status, tweet, moment dan sebagainya. Menulis sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar. Hanya perlu mengekspresikan apa yang terlintas di kepala dan tersimpan di benak fikiran dalam bentuk salinan sama ada bertulis tangan ataupun menaip di mana-mana alat telekomunikasi moden sekarang ini.


   Secara asasnya menulis adalah cara terbaik untuk menyimpan maklumat daripada hilang tanpa dikesan oleh kotak memori manusia yang tak pernah sempurna. Dengan menulis, apa yang difikirkan akan dapat disusun di atas kertas tanpa perlu serabutkan otak dengan menganalisisnya di dalam kepala semata. Dengan tulisan juga kita dapat berhubung dengan manusia lain bagi menyampaikan sesuatu perkara, maklumat atau informasi. Bayangkan tanpa tulisan, bagaimana orang yang bisu dan pekak dan menyampaikan apa yang mereka ingin katakan andai mereka atau waktu itu masih belum ada cara berkomunikasi dengan insyarat tangan? Pasti susah bukan?


   Dengan itu maka terhasillah abjad baik huruf dan juga nombor. Abjad dan nombor juga telah lama berevolusi dan zaman ke zaman di mana perubahan itu merupakan perubahan kearah lebih memudahkan abjad dan nombor itu difahami oleh segenap kehidupan bergelar manusia di bumi sejagat ini. Daripada cuneiform, ada juga terhasilnya Rongorongo, voynich, jiahu, Olmec, phaistos dan macam-macam tulisan lagi yang wujud dengan tujuan untuk berhubung dan berkomunikasi.
Dengan terlahirnya konsep ini, maka menulis adalah perkara wajib yang perlu dikuasai oleh seluruh umat yang bergelar manusia untuk saling berhubung dengan komuniti. Dengan pengaplikasian konsep tersebut maka barulah tulisan itu beransur-ansur menjadi satu medium penyampaian maklumat yang lebih formal sebagai contoh dalam bentuk manuskrip, naskah dan juga buku. Menulis dijadikan bahan ilmiah yang selama ini disampaikan hanya berdasarkan ingatan memori kini jadi lebih tersusun kerana segala yang ingin dikatakan telah tersusun rapi dalam bahan tulisan.

   Pandangan terhadap diri aku sendiri, menulis bukanlah suatu minat sejak kecil dan dieksplotasikan dengan mendalam. Cuma sekarang ini cuba-cuba sahaja untuk menulis yang mana lebih kepada satu bentuk latihan untuk mengekspresikan apa yang dah bersarang di kepala otak ini untuk dikongsikan. Nak jadi seorang penulis pun memerlukan kekreativitian dalam mengolah perkataan dan ayat untuk memanipulasi pembaca. Tujuan menulis bagi aku pada waktu kini lebih kepada perkongsian ilmu yang ada pada diri untuk diserap oleh pembaca.


   Namun idea yang diluahkan oleh penulis di dalam penulisan perlulah:-


Fresh, berguna, mudah difahami, ringkas, padat, sesuai dan boleh diaplikasikan.


   Aku sebenarnya lebih cenderung untuk menyerap maklumat berbanding berkongsi maklumat. Dek kerana aku suka membaca, boleh tahan juga jumlah bacaan yang aku dah serap sejak kecil dek kerana terpengaruh untuk jadi saintis ketika tadika, ingin jadi cikgu ketika di sekolah rendah dan menjadi menteri ketika di sekolah menengah. Jadi untuk menjadi seperti apa yang aku impikan, sewajarnya aku memang patut untuk membaca banyak bahan ilmiah untuk melayakkan diri ni ke tahap berikut. Bermacam juga genre yang aku belajar dalam karya tulisan yang pelbagai. Jadi aku ni lebih kepada penyerapan daripada pengeluaran.


   Dan dalam penulisan, akan terlihat beberapa gaya penulisan yang pelbagai kerana wujudnya pelbagai tujuan dan emosi penulis yang bergelar manusia. Ada orang yang berjiwa seni, dia alihkan bahan tulisan dia itu kepada sebuah nyanyian dan dikaryakan dalam bentuk lagu. Dan ada orang yang berjiwa seni juga mengalihkan bahan tulisan dia itu kearah penyeruan dengan cara mengubah bahan tersebut kepada sajak mahupun teks ucapan/pidato. Pantun? Tak. Pantun asalnya bukanlah suatu bahan penulisan yang diolah. Dia lebih kepada sesi perbualan yang berima dan merancakan secara terus daripada minda kepada lisan.


  Ada juga orang yang menulis untuk menyampaikan sesuatu tapi dengan cara penyampaian yang lain iaitu dengan menulis cerita. Tak kisah la sama ada dalam konteks cerita pendek ataupun setebal novel, tetap ada sesuatu yang disampaikan dengan jelas di dalam penulisan tersebut. Secara logiknya, lagi panjang dan banyak yang ditulis, mestilah lagi banyak intipati pengisian yang cuba disampaikan dalam penulisan tersebut. 



   Konteks penulisan ni sebenarnya besar. Kalau nak explain dan diterangkan lebih lanjut secara terperinci, boleh makan tahun aku menaip. Kahkahkah… Apa-apa pun, aku cuba manfaatkan sebaik mungkin peluang untuk menulis ini untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat dan berguna buat semua.