Menulis sebenarnya bukanlah bidang aku. Tak pernah terlintas
sekali pun dalam hidup untuk jadi seorang penulis. Bagi aku dulu, penulis mesti
ada sebatang pen dan buku untuk ditulis. Hahahaha, quite weird. But now aku dah
tahu. Menulis bukanlah dalam konteks asas yang sebegitu rupa. Malah aku
sepatutnya tiada masa untuk menulis kerana lebih tertumpu pada pembelajaran dan
focus terhadap industri Esport Gaming yang aku sedang ceburi kini. Dalam pada
ketika ini, sepatutnya kini akusedang berada di depan telefon pintar dengan
ditemani lagu muzik Jazz sebagai penghibur telinga dalam mengecap semangat untuk terus bertahan di
kerusi apabila sedang asyik dan leka dengan mobile game tersebut.
Menulis sebenarnya luas. Even dalam media social sekali pun,
kita sebenarnya adalah seorang penulis jika kita memang rajin update status,
tweet, moment dan sebagainya. Menulis sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar.
Hanya perlu mengekspresikan apa yang terlintas di kepala dan tersimpan di benak
fikiran dalam bentuk salinan sama ada bertulis tangan ataupun menaip di
mana-mana alat telekomunikasi moden sekarang ini.
Secara asasnya menulis adalah cara terbaik untuk menyimpan
maklumat daripada hilang tanpa dikesan oleh kotak memori manusia yang tak
pernah sempurna. Dengan menulis, apa yang difikirkan akan dapat disusun di atas
kertas tanpa perlu serabutkan otak dengan menganalisisnya di dalam kepala
semata. Dengan tulisan juga kita dapat berhubung dengan manusia lain bagi
menyampaikan sesuatu perkara, maklumat atau informasi. Bayangkan tanpa tulisan,
bagaimana orang yang bisu dan pekak dan menyampaikan apa yang mereka ingin
katakan andai mereka atau waktu itu masih belum ada cara berkomunikasi dengan
insyarat tangan? Pasti susah bukan?
Dengan itu maka terhasillah abjad baik huruf dan juga
nombor. Abjad dan nombor juga telah lama berevolusi dan zaman ke zaman di mana
perubahan itu merupakan perubahan kearah lebih memudahkan abjad dan nombor itu
difahami oleh segenap kehidupan bergelar manusia di bumi sejagat ini. Daripada
cuneiform, ada juga terhasilnya Rongorongo, voynich, jiahu, Olmec, phaistos dan
macam-macam tulisan lagi yang wujud dengan tujuan untuk berhubung dan
berkomunikasi.
Dengan terlahirnya konsep ini, maka menulis adalah perkara
wajib yang perlu dikuasai oleh seluruh umat yang bergelar manusia untuk saling
berhubung dengan komuniti. Dengan pengaplikasian konsep tersebut maka barulah
tulisan itu beransur-ansur menjadi satu medium penyampaian maklumat yang lebih
formal sebagai contoh dalam bentuk manuskrip, naskah dan juga buku. Menulis
dijadikan bahan ilmiah yang selama ini disampaikan hanya berdasarkan ingatan
memori kini jadi lebih tersusun kerana segala yang ingin dikatakan telah
tersusun rapi dalam bahan tulisan.
Pandangan terhadap diri aku sendiri, menulis bukanlah suatu
minat sejak kecil dan dieksplotasikan dengan mendalam. Cuma sekarang ini
cuba-cuba sahaja untuk menulis yang mana lebih kepada satu bentuk latihan untuk
mengekspresikan apa yang dah bersarang di kepala otak ini untuk dikongsikan.
Nak jadi seorang penulis pun memerlukan kekreativitian dalam mengolah perkataan
dan ayat untuk memanipulasi pembaca. Tujuan menulis bagi aku pada waktu kini
lebih kepada perkongsian ilmu yang ada pada diri untuk diserap oleh pembaca.
Namun idea yang diluahkan oleh penulis di dalam penulisan
perlulah:-
Fresh, berguna, mudah difahami, ringkas, padat, sesuai dan
boleh diaplikasikan.
Aku sebenarnya lebih cenderung untuk menyerap maklumat berbanding berkongsi maklumat. Dek kerana aku suka membaca, boleh tahan juga jumlah bacaan yang aku dah serap sejak kecil dek kerana terpengaruh untuk jadi saintis ketika tadika, ingin jadi cikgu ketika di sekolah rendah dan menjadi menteri ketika di sekolah menengah. Jadi untuk menjadi seperti apa yang aku impikan, sewajarnya aku memang patut untuk membaca banyak bahan ilmiah untuk melayakkan diri ni ke tahap berikut. Bermacam juga genre yang aku belajar dalam karya tulisan yang pelbagai. Jadi aku ni lebih kepada penyerapan daripada pengeluaran.
Dan dalam penulisan, akan terlihat beberapa gaya penulisan
yang pelbagai kerana wujudnya pelbagai tujuan dan emosi penulis yang bergelar
manusia. Ada orang yang berjiwa seni, dia alihkan bahan tulisan dia itu kepada
sebuah nyanyian dan dikaryakan dalam bentuk lagu. Dan ada orang yang berjiwa
seni juga mengalihkan bahan tulisan dia itu kearah penyeruan dengan cara
mengubah bahan tersebut kepada sajak mahupun teks ucapan/pidato. Pantun? Tak.
Pantun asalnya bukanlah suatu bahan penulisan yang diolah. Dia lebih kepada
sesi perbualan yang berima dan merancakan secara terus daripada minda kepada
lisan.
Ada juga orang yang menulis untuk menyampaikan sesuatu tapi
dengan cara penyampaian yang lain iaitu dengan menulis cerita. Tak kisah la
sama ada dalam konteks cerita pendek ataupun setebal novel, tetap ada sesuatu
yang disampaikan dengan jelas di dalam penulisan tersebut. Secara logiknya,
lagi panjang dan banyak yang ditulis, mestilah lagi banyak intipati pengisian
yang cuba disampaikan dalam penulisan tersebut.
Konteks penulisan ni sebenarnya besar. Kalau nak explain dan
diterangkan lebih lanjut secara terperinci, boleh makan tahun aku menaip.
Kahkahkah… Apa-apa pun, aku cuba manfaatkan sebaik mungkin peluang untuk
menulis ini untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat dan berguna buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan