Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!!!
Okay, pada post kali ini kita kan ke chapter seterusnya iaitu pengelasan hero. Pemilihan hero sangat penting kerana terdapat tugas yang berbeza dan juga kelebihan atau fungsi hero yang berbeza yang perlu disandang oleh setiap pemain dalam sesebuah pasukan.
Dalam setiap perlawanan, pemain akan diberikan masa untuk memilih hero yang akan digunakan dalam setiap perlawanan. Setiap hero dalah berbeza kerana mereka mempunyai ciri-ciri dan kemampuan yang berbeza. Setiap hero tidak akan memiliki ciri-ciri skill yang sama dengan hero yang lainnya. Terdapat dua bahagian yang perlu difahami oleh pembaca pada post kali ini iaitu pengelasan hero dan pembahagian tugas hero.
Pengelasan Hero:-
Secara amnya terdapat lima kelas hero yang ada dalam Vainglory...
~Protector~
Hero dalam kelas protector ini lebih kebal dan tinggi nilai HP nya. Oleh itu, mereka mampu bertahan lebih lama dan sesuai dijadikan sebagai hero support dan tanker dalam sesebuah pasukan. Mereka mampu menerima damage yang banyak tanpa masalah namun mereka cuma mampu beri damage yang kecil kepada pihak lawan.
~Worrior~
Hero dalam kelas worrior pula merupakan melee hero iaitu hero yang memiliki serangan jarak dekat. Hero dalam kelas ini dapat memberikan damage yang padu bila berdepan musus secara 1 by 1. Damage yang mereka berikan agak besar pada permulaan permainan walaupun dengan item yang asas. Namun pergerakan meraka agak perlahan jika dibandingkan dengan hero dalam kelas yang lain.
~Sniper~
~Assassin~
Hero dalam kelas assassin merupakan hero terpantas dan terlincah sekali yang ada dalam Vainglory. Hero untuk kelas ini mampu membuat serangan hendap dan mengejar pihak lawan dalam sekelip mata. Serangan mereka biasanya cepat,pantas, padu dan menyakitkan. Oleh itu, mereka langsung tidak mempunyai masalah untuk menewaskan musuh dalam pertarungan dalam masa yang singkat. Kelemahan bagi hero kelas ini ialah mereka kebiasaanya mempunyai nyawa atau dipanggil nilai HP yang sikit dan rendah.
~Mage~
Hero dalam kelas mage pula ialah hero yang mampu menyerang dan memberikan damage secara sekata kepada pihak lawan atau minion dalam jarak serangannya. Dengan kelebihan itu, hero untuk kelas ini langsung tidak ada masalah untuk membunuh lebih dari satu pihak lawan sekaligus. Kelemahan mereka ialah mereka memerlukan tenaga/energy daripada item untuk terus menggunakan skill dan memerlukan pertahanan yang cukup untuk terus bertahan dalam pertarungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan