Ahad, 30 Oktober 2016

Vainglory Malaysia : Apa Yang Ada Dalam Halcyon Fold

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!!!


   Okay, kita akan ke bahagian seterusnya dalam Vainglory. Bagi yang tak pernah main atau baru je main vainglory, post kali ni mungkin atau memang membantu anda. Bagi yang dah lama main, anda boleh sahaja keluar daripada artikel ni. Kahkahkah...


   Pertama sekali, kita akan lihat apa yang ada dalam peta vainglory dahulu atau arena pertarungan ini lebih dikenali sebagai Halcyon Fold. Peta vainglory terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kawasan 'BASE', kawasan 'JUNGLE' dan kawasan 'LANE'. Kawasan BASE ialah kawasan yang terdapat Vain Crystal yang dikawal 2 'turret', base shop, dan juga home iaitu tempat recovery dan starting dan BASE ini ada di setiap hujung kiri dan kanan peta untuk kedua- dua pasukan. Kawasan LANE pula ialah laluan melintang yang terus menghubungkan kedua-dua base milik kedua-dua pasukan yang dipisahkan oleh center LANE. Di kawasan LANE terdapat 6 biji 'turret' dan setiap 3 'turret' ialah milik setiap pasukan.


   Bagi setiap 25 saat, empat minion lane yang diketuai seorang jeneral minion akan muncul daripada Vain Crystal menuju terus ke kawasan lane untuk menyerang turret pihak lawan. Manakala di kawasan JUNGLE, terdapat enam minion jungle yang mana dua daripadanya ialah minion heal. Dan di setiap jungle bagi Team A dan juga Team B akan terdapat satu minion mines yang apabila ditawan ianya berfungsi sebagai pemangkin kekuatan minion lane.

 Bulatan berikut merupakan turret dan juga vain crystal, ini dalah peta lengkap dalam sebuah peta perlawanan Vainglory


   Dan di kawasan center JUNGLE terdapat satu shop dan gold mine yang mana gold mine akan berubah kepada 'kraken' setelah 15 minit masa perlawanan. Terdapat dua shop ye sebenarnya, satu di base team masing-masing dan satu lagi di center jungle. Pemain perlu kill sebanyak mungkin minion yang ada untuk dapatkan gold yang mana gold yang diperolehi itu akan digunakan untuk membeli item.


   Okay, itu apa yang terdapat dalam peta dan perlawanan. Goodluck dan selamat mencuba!!!


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan