Yezza!!! Now aku akan explain tentang kesemua jenis hero yang ada dalam game Vainglory ni. Kenapa aku sibuk nak share and explain? Sebab tak ada lagi blogger melayu malaysia yang nak promote game ni ke level yang lebih tinggi dan libatkan anak muda melayu malaysia dalam industri Esport Gaming ni.
Vainglory ni bukan la satu game yang sekadar membuang masa. Macam yang kau tahu, apa-apa game pun secara tak langsung melatih kepantasan otak kau berfikir dan meningkatkan lagi kecerdasan otak kau ke tahap yang lebih cekap dan kreatif. That why aku rasa tak salah untuk aku up game ni yang mana game ni sendiri merupakan antara Emobile Game yang ada tounament antarabangsa!!!
Okay, berbalik kepada hero-hero dalam Vainglory. Macam yang aku pernah beritahu dalam post yang lepas, setiap hero memiliki kebolehan ataupun 'skill' masing-masing. Setiap hero hanya dibekalkan 3 skill dan skill yang ketiga adalah ulti ataupun full name nya ialah Ultimate Skill. Ada hero yang memiliki skill yang boleh di 'combo' kan sebagai contoh skill A dan skill B hero tersebut boleh digabungkan menjadi 'attack' yang lebih kuat.
Ada juga hero yang boleh menggabungkan skill yang mereka ada dengan hero lain dan menjadikan sesuatu 'attack' mereka itu jadi lebih kuat. Tak faham? Argh, pandai-pandai la kau orang tengok sendiri game tu dan belajar. Kat mana nak belajar? Kat youtube ada dua player yang menyediakan khidmat pembelajaran Vainglory bagi yang beginner dan amateur, iaitu Rumblysuperset dan juga Bentimm1. Mereka ni juga merupakan kawan, jadi kau orang boleh belajar bermain Vainglory dengan melihat 'gameplay' dia orang di youtube semata.
Tak faham bahasa inggeris? Haaa, tunggulah aku explain lebih lagi pasal vainglory dalam post ni dan post-post yang seterusnya. Sekarang ni dalam post kali ni kita cuma fokus pada senarai hero yang ada dalam game Vainglory.
Okay baik, ini ialah senarai 28 hero Vainglory yang player perlu kuasai:-
1. Ringo
![]() |
Hero yang paling senang untuk dibelajari dan paling senang untuk digunakan dalam Vainglory (lebih kurang hero 'sniper' dalam game DOTA2) |
2. Taka
![]() |
Merupakan hero 'assassin' paling digemari oleh beginner-beginner yang suka bawa watak carry dalam team |
3. Koshka
![]() |
Hero assassin yang turut digemari ramai untuk role carry |
4. Krul
![]() |
Hero carry yang paling digeruni jika ada yang pandai guna krul ni |
5. Glaive
![]() |
Singa kapak bercawat yang tiada belas ikhsan |
6. Joule
![]() |
Perempuan dan mesin yang ada ulti laser berbisa |
7. Petal
![]() |
Nampak je comel tapi attack dia pedih! |
8. Reim
![]() |
Atuk yang suka membunuh |
9. Rona
![]() |
Perempuan purba yang sado. Suka melibas kapak macam glaive |
10. Fortress
![]() |
Musang ganas, tu je mampu explain |
11. Celeste
![]() |
Pemilik Ulti yang sangat membunuh |
12. Kestrel
![]() |
Sepupu Robin Hood |
13. Saw
![]() |
Jeneral yang sangat berkuasa dalam position lane |
14. Adagio
![]() |
Mamat bersayap yang ada kuasa bulan. kah3 |
15. Alpha
![]() |
Alpha, robot cacat yang padu |
16. Skye
![]() |
Leftenan wanita pertama yang power dengan machine gun |
17. Lance
![]() |
Negro yang kebal dan rajin bergolek |
18. Lyra
![]() |
Ahli sihir yang rajin teleport ke sana sini |
19. Phinn
![]() |
Singa kacuk buaya, hero paling lembab berjalan |
20. Catherine
![]() |
Captain seksi dengan perisai berpisau |
21. Ardan
![]() |
Abang sado yang sentiasa gendong beg ke mana sahaja |
22. Vox
![]() |
Mamat dengan radio sentiasa dijinjing |
23. Skaarf
![]() |
Mini dragon berminyak |
24. Blackfeather
![]() |
Lelaki romantik yang berbahaya |
25. Ozo
![]() |
Monyet dengan gegelung pedang yang tak reti duduk diam |
26. Samuel
![]() |
Suami Lyra |
27. Baron
![]() |
Suami Skye |
28. Gwen
![]() |
Bini Taka |
Inilah senarai hero yang ada dalam Vainglory. Gempak-gempak dan menarik kan? Tunggu apa lagi, dapatkan device anda dan download sekarang!!! Ceewaah, macam ejen pemasaran, walhal Super Evil Megacorp tak bayar aku se sen pun untuk promote diorang. Apa-apa pun goodluck dan selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan