Jumaat, 28 Oktober 2016

Vainglory Malaysia




Okay, sebelum aku bergerak lebih jauh pasal apa yang ingin aku tulis dan sebagainya, meyh sini aku nak cerita sikit pasal Vainglory

Vainglory ini ialah sebuah online emobile game yang sedang meningkat naik dan makin digemari ramai. Malangnya di Malaysia, ianya masih belum betul-betul menular dan membuat peminat-peminat game Malaysia ketagih dengan game ni. Vainglory boleh dikatakan minimise version daripada game PC popular iaitu DOTA2. Kenapa dikatakan minimise daripada DOTA2? Kerana cara permainannya memang betul-betul serupa cuma dengan peta yang lebih kecil dan juga cuma memerlukan tiga orang pemain bagi sebuah pasukan.

Jangka masa normal bagi sesebuah perlawanan pula tidaklah selama DOTA2 yang memakan masa satu jam atau lebih bagi sesebuah perlawanan. Vainglory ini kebiasaannya paling lama hanya 25 minit sahaja untuk sesebuah perlawanan itu tamat.

Ini adalah gambaran penuh peta Vainglory yang bakal di explore oleh para pemain, terdapat kawasan lane dan juga kawasan jungle

Menarik bukan? Haaaa, apa lagi? Download la sekarang!!! Device yang saya reccomend untuk main permainan ini ialah ipad mini 4 ataupun kau orang boleh cari je mana-mana device yang kau orang suka at least internal storage 16GB dan RAM 2GB. Permainannya amat mudah difahami dan game ini menyediakan grafik yang cukup menarik bagi para pemainnya. Sesi tutorial juga telah disediakan untuk para pemula yang baru je main dan tutorial tu cukup mudah untuk para beginner faham akan cara permainan itu sepatutnya dimainkan.

Dalam update yang terkini, pemain boleh pilih 2 jenis perlawanan. Pertamanya ialah 'Battle Royale' yang hanya berlangsung di kawasan lane dan kebiasaanya memakan masa paling lama cuma 17 minit. Keduanya ialah 'Casual & Ranked' di mana perlawanan jenis ini akan menggunakan keseluruhan peta termasuk jungle.

Game ini juga menyediakan pelbagai jenis hero untuk para pemain kuasai dan setiap hero memiliki kebolehan/ability ataupun gamer panggil sebagai 'skill' yang berbeza. Dalam update yang terkini, terdapat 28 hero yang kau orang boleh cuba!!! Masing-masing ada grafik unik tersendiri yang sangat umph dan awesome. Antara hero-heronya ialah Gwen, Adagio, Alpha, Ardan, Baron, Blackfeather, Catherine, Celeste, Fortress, Glaive, Joule, Kestrel, Koshka, Krul, Lance, Lyra, Ozo, Petal, Phinn, Reim, Ringo, Rona, Samuel, SAW, Skaarf, Skye, Taka dan Vox.

Baik!!! Aku akan explain lebih dalam post seterusnya,sesiapa yang main game ni boleh add aku id:ZekstoKid. Goodluck, dan selamat mencuba!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan