Assalammualaikum dan salam sejahtera geng,.....
Di hari jumaat yang mulia, indah berseri ini, izinkan saya menulis entry seterusnya
Apa yang cuba saya sentuh pada hari ini ialah attitude orang melayu kita. Ya. ATTITUDE. Apa itu atiitude? Attitude ialah sikap. Sikap adalah keperibadian seseorang. Sama ada baik atau buruk. Sama ada negatif ataupun positif. Sama ada menyenangkan atau menyusahkan. Sikap merupakan lambang kehidupan seseorang itu. Jika sikapnya baik, maka hidupnya semestinya baik. Jika sikapnya buruk, maka hidupnya sudah tentu buruk.
Mari kita lihat dahulu dan teliti sehabis mungkin tentang SIKAP. Adakah sikap mampu mempengaruhi kehidupan? Adakah sikap mampu mempengaruhi sesuatu keputusan? Adakah sikap menentukan halatuju seseorang? Adakah dengan sikap, seseorang itu boleh hidup ataupun mati?
Jelas sekali persoalan tentang sikap ini merupakan suatu persoalan yang sukar dijawab kerana setiap orang mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ya. Setiap orang mempunyai sikap yang BERBEZA. Ada orang yang sabar. Ada yang pemarah. Ada yang berfikiran jauh. Ada yang pembersih. Ada yang pengotor. Ada yang terburu-buru. Ada yang tenang. Ada yang tak ambil kisah pun tentang orang lain mahupun dunia.
Jadi mari kita kecilkan skop penerangan kepada orang MELAYU kita sendiri. MELAYU dan SIKAP MELAYU. Anda pasti anda kenal sikap melayu itu macam mana? Macam-macam ragam. Macam-macam kerenah. Macam-macam permasalahan yang timbul. Melayu kita tak pernah wujud satu kelompok yang terus elok sahsiah dan sikapnya. Pasti akan wujud kambing hitam yang tak memahami konsep sikap yang seharusnya diterapkan nilai positif semaksimum mungkin.
Nak mendidik sikap yang elok dan baik bukan suatu perkara yang sukar, susah, payah dan mustahil. Sikap di bibir. Iaitu apabila berkata-kata. dengan kata-kata kita dapat tunjuk sikap hormat, sikap sopan, sikap lemah lembut yang semestinya membuat orang disekeliling merasa senang dan aman. Dengan percakapan yang elok dan sesuai dengan tempat dan situasi, Secaratak lansung, percakapan yang baik akan mewujudkan suasana harmoni yang tak akan mengganggu ketenteraman jiwa serta hati sanubari orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan