Ahad, 30 Oktober 2016

Vainglory Malaysia : Pengelasan Hero

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!!!


   Okay, pada post kali ini kita kan ke chapter seterusnya iaitu pengelasan hero. Pemilihan hero sangat penting kerana terdapat tugas yang berbeza dan juga kelebihan atau fungsi hero yang berbeza yang perlu disandang oleh setiap pemain dalam sesebuah pasukan.


   Dalam setiap perlawanan, pemain akan diberikan masa untuk memilih hero yang akan digunakan dalam setiap perlawanan. Setiap hero dalah berbeza kerana mereka mempunyai ciri-ciri dan kemampuan yang berbeza. Setiap hero tidak akan memiliki ciri-ciri skill yang sama dengan hero yang lainnya. Terdapat dua bahagian yang perlu difahami oleh pembaca pada post kali ini iaitu pengelasan hero dan pembahagian tugas hero.



   Pengelasan Hero:-


Secara amnya terdapat lima kelas hero yang ada dalam Vainglory...

~Protector~



Hero dalam kelas protector ini lebih kebal dan tinggi nilai HP nya. Oleh itu, mereka mampu bertahan lebih lama dan sesuai dijadikan sebagai hero support dan tanker dalam sesebuah pasukan. Mereka mampu menerima damage yang banyak tanpa masalah namun mereka cuma mampu beri damage yang kecil kepada pihak lawan.


~Worrior~


Hero dalam kelas worrior pula merupakan melee hero iaitu hero yang memiliki serangan jarak dekat. Hero dalam kelas ini dapat memberikan damage yang padu bila berdepan musus secara 1 by 1. Damage yang mereka berikan agak besar pada permulaan permainan walaupun dengan item yang asas. Namun pergerakan meraka agak perlahan jika dibandingkan dengan hero dalam kelas yang lain.


~Sniper~


Hero dalam kelas sniper pula ialah hero yang mempunyai serangan jarak jauh. Mereka berkebolehan untuk menyerang musuh tanpa perlu berhadapan dengan musuh secara berdepan. Basic attack atau serangan asas mereka mampu memberikan damage kepada musuh secara berkala sambil memubat mereka jauh daripada musuh. Dan mereka juga mampu menewaskan musuh dalam keadaan selamat kerana jauh daripada musuh.


~Assassin~



Hero dalam kelas assassin merupakan hero terpantas dan terlincah sekali yang ada dalam Vainglory. Hero untuk kelas ini mampu membuat serangan hendap dan mengejar pihak lawan dalam sekelip mata. Serangan mereka biasanya cepat,pantas, padu dan menyakitkan. Oleh itu, mereka langsung tidak mempunyai masalah untuk menewaskan musuh dalam pertarungan dalam masa yang singkat. Kelemahan bagi hero kelas ini ialah mereka kebiasaanya mempunyai nyawa atau dipanggil nilai HP yang sikit dan rendah.


~Mage~



Hero dalam kelas mage pula ialah hero yang mampu menyerang dan memberikan damage secara sekata kepada pihak lawan atau minion dalam jarak serangannya. Dengan kelebihan itu, hero untuk kelas ini langsung tidak ada masalah untuk membunuh lebih dari satu pihak lawan sekaligus. Kelemahan mereka ialah mereka memerlukan tenaga/energy daripada item untuk terus menggunakan skill dan memerlukan pertahanan yang cukup untuk terus bertahan dalam pertarungan. 

Vainglory Malaysia : Apa Yang Ada Dalam Halcyon Fold

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!!!


   Okay, kita akan ke bahagian seterusnya dalam Vainglory. Bagi yang tak pernah main atau baru je main vainglory, post kali ni mungkin atau memang membantu anda. Bagi yang dah lama main, anda boleh sahaja keluar daripada artikel ni. Kahkahkah...


   Pertama sekali, kita akan lihat apa yang ada dalam peta vainglory dahulu atau arena pertarungan ini lebih dikenali sebagai Halcyon Fold. Peta vainglory terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kawasan 'BASE', kawasan 'JUNGLE' dan kawasan 'LANE'. Kawasan BASE ialah kawasan yang terdapat Vain Crystal yang dikawal 2 'turret', base shop, dan juga home iaitu tempat recovery dan starting dan BASE ini ada di setiap hujung kiri dan kanan peta untuk kedua- dua pasukan. Kawasan LANE pula ialah laluan melintang yang terus menghubungkan kedua-dua base milik kedua-dua pasukan yang dipisahkan oleh center LANE. Di kawasan LANE terdapat 6 biji 'turret' dan setiap 3 'turret' ialah milik setiap pasukan.


   Bagi setiap 25 saat, empat minion lane yang diketuai seorang jeneral minion akan muncul daripada Vain Crystal menuju terus ke kawasan lane untuk menyerang turret pihak lawan. Manakala di kawasan JUNGLE, terdapat enam minion jungle yang mana dua daripadanya ialah minion heal. Dan di setiap jungle bagi Team A dan juga Team B akan terdapat satu minion mines yang apabila ditawan ianya berfungsi sebagai pemangkin kekuatan minion lane.

 Bulatan berikut merupakan turret dan juga vain crystal, ini dalah peta lengkap dalam sebuah peta perlawanan Vainglory


   Dan di kawasan center JUNGLE terdapat satu shop dan gold mine yang mana gold mine akan berubah kepada 'kraken' setelah 15 minit masa perlawanan. Terdapat dua shop ye sebenarnya, satu di base team masing-masing dan satu lagi di center jungle. Pemain perlu kill sebanyak mungkin minion yang ada untuk dapatkan gold yang mana gold yang diperolehi itu akan digunakan untuk membeli item.


   Okay, itu apa yang terdapat dalam peta dan perlawanan. Goodluck dan selamat mencuba!!!


 

Sabtu, 29 Oktober 2016

Vainglory Malaysia : Vainglory Heroes

Assalammualaikum dan selamat sejahtera!!!

   Yezza!!! Now aku akan explain tentang kesemua jenis hero yang ada dalam game Vainglory ni. Kenapa aku sibuk nak share and explain? Sebab tak ada lagi blogger melayu malaysia yang nak promote game ni ke level yang lebih tinggi dan libatkan anak muda melayu malaysia dalam industri Esport Gaming ni.


   Vainglory ni bukan la satu game yang sekadar membuang masa. Macam yang kau tahu, apa-apa game pun secara tak langsung melatih kepantasan otak kau berfikir dan meningkatkan lagi kecerdasan otak kau ke tahap yang lebih cekap dan kreatif. That why aku rasa tak salah untuk aku up game ni yang mana game ni sendiri merupakan antara Emobile Game yang ada tounament antarabangsa!!!


   Okay, berbalik kepada hero-hero dalam Vainglory. Macam yang aku pernah beritahu dalam post yang lepas, setiap hero memiliki kebolehan ataupun 'skill' masing-masing. Setiap hero hanya dibekalkan 3 skill dan skill yang ketiga adalah ulti ataupun full name nya ialah Ultimate Skill. Ada hero yang memiliki skill yang boleh di 'combo' kan sebagai contoh skill A dan skill B hero tersebut boleh digabungkan menjadi 'attack' yang lebih kuat.


   Ada juga hero yang boleh menggabungkan skill yang mereka ada dengan hero lain dan menjadikan sesuatu 'attack' mereka itu jadi lebih kuat. Tak faham? Argh, pandai-pandai la kau orang tengok sendiri game tu dan belajar. Kat mana nak belajar? Kat youtube ada dua player yang menyediakan khidmat pembelajaran Vainglory bagi yang beginner dan amateur, iaitu Rumblysuperset dan juga Bentimm1. Mereka ni juga merupakan kawan, jadi kau orang boleh belajar bermain Vainglory dengan melihat 'gameplay' dia orang di youtube semata.


   Tak faham bahasa inggeris? Haaa, tunggulah aku explain lebih lagi pasal vainglory dalam post ni dan post-post yang seterusnya. Sekarang ni dalam post kali ni kita cuma fokus pada senarai hero yang ada dalam game Vainglory.


Okay baik, ini ialah senarai 28 hero Vainglory yang player perlu kuasai:-


1. Ringo

Hero yang paling senang untuk dibelajari dan paling senang untuk digunakan  dalam Vainglory (lebih kurang hero 'sniper' dalam game DOTA2)


2. Taka

Merupakan hero 'assassin' paling digemari oleh beginner-beginner yang suka bawa watak carry dalam team


3. Koshka

Hero assassin yang turut digemari ramai untuk role carry


4. Krul

Hero carry yang paling digeruni jika ada yang pandai guna krul ni


5. Glaive

Singa kapak bercawat yang tiada belas ikhsan


6. Joule

Perempuan dan mesin yang ada ulti laser berbisa


7. Petal

Nampak je comel tapi attack dia pedih!


8. Reim

Atuk yang suka membunuh


9. Rona

Perempuan purba yang sado. Suka melibas kapak macam glaive


10. Fortress

Musang ganas, tu je mampu explain


11. Celeste

Pemilik Ulti yang sangat membunuh


12. Kestrel

Sepupu Robin Hood


13. Saw

Jeneral yang sangat berkuasa dalam position lane


14. Adagio

Mamat bersayap yang ada kuasa bulan. kah3


15. Alpha


Alpha, robot cacat yang padu


16. Skye

Leftenan wanita pertama yang power dengan machine gun


17. Lance

Negro yang kebal dan rajin bergolek


18. Lyra

Ahli sihir yang rajin teleport ke sana sini


19. Phinn

Singa kacuk buaya, hero paling lembab berjalan


20. Catherine



Captain seksi dengan perisai berpisau


21. Ardan

Abang sado yang sentiasa gendong beg ke mana sahaja


22. Vox

Mamat dengan radio sentiasa dijinjing


23. Skaarf

Mini dragon berminyak



24. Blackfeather

Lelaki romantik yang berbahaya



25. Ozo

Monyet dengan gegelung pedang yang tak reti duduk diam


26. Samuel

Suami Lyra


27. Baron

Suami Skye


28. Gwen

Bini Taka


   Inilah senarai hero yang ada dalam Vainglory. Gempak-gempak dan menarik kan? Tunggu apa lagi, dapatkan device anda dan download sekarang!!! Ceewaah, macam ejen pemasaran, walhal Super Evil Megacorp tak bayar aku se sen pun untuk promote diorang. Apa-apa pun goodluck dan selamat mencuba

Jumaat, 28 Oktober 2016

Vainglory Malaysia




Okay, sebelum aku bergerak lebih jauh pasal apa yang ingin aku tulis dan sebagainya, meyh sini aku nak cerita sikit pasal Vainglory

Vainglory ini ialah sebuah online emobile game yang sedang meningkat naik dan makin digemari ramai. Malangnya di Malaysia, ianya masih belum betul-betul menular dan membuat peminat-peminat game Malaysia ketagih dengan game ni. Vainglory boleh dikatakan minimise version daripada game PC popular iaitu DOTA2. Kenapa dikatakan minimise daripada DOTA2? Kerana cara permainannya memang betul-betul serupa cuma dengan peta yang lebih kecil dan juga cuma memerlukan tiga orang pemain bagi sebuah pasukan.

Jangka masa normal bagi sesebuah perlawanan pula tidaklah selama DOTA2 yang memakan masa satu jam atau lebih bagi sesebuah perlawanan. Vainglory ini kebiasaannya paling lama hanya 25 minit sahaja untuk sesebuah perlawanan itu tamat.

Ini adalah gambaran penuh peta Vainglory yang bakal di explore oleh para pemain, terdapat kawasan lane dan juga kawasan jungle

Menarik bukan? Haaaa, apa lagi? Download la sekarang!!! Device yang saya reccomend untuk main permainan ini ialah ipad mini 4 ataupun kau orang boleh cari je mana-mana device yang kau orang suka at least internal storage 16GB dan RAM 2GB. Permainannya amat mudah difahami dan game ini menyediakan grafik yang cukup menarik bagi para pemainnya. Sesi tutorial juga telah disediakan untuk para pemula yang baru je main dan tutorial tu cukup mudah untuk para beginner faham akan cara permainan itu sepatutnya dimainkan.

Dalam update yang terkini, pemain boleh pilih 2 jenis perlawanan. Pertamanya ialah 'Battle Royale' yang hanya berlangsung di kawasan lane dan kebiasaanya memakan masa paling lama cuma 17 minit. Keduanya ialah 'Casual & Ranked' di mana perlawanan jenis ini akan menggunakan keseluruhan peta termasuk jungle.

Game ini juga menyediakan pelbagai jenis hero untuk para pemain kuasai dan setiap hero memiliki kebolehan/ability ataupun gamer panggil sebagai 'skill' yang berbeza. Dalam update yang terkini, terdapat 28 hero yang kau orang boleh cuba!!! Masing-masing ada grafik unik tersendiri yang sangat umph dan awesome. Antara hero-heronya ialah Gwen, Adagio, Alpha, Ardan, Baron, Blackfeather, Catherine, Celeste, Fortress, Glaive, Joule, Kestrel, Koshka, Krul, Lance, Lyra, Ozo, Petal, Phinn, Reim, Ringo, Rona, Samuel, SAW, Skaarf, Skye, Taka dan Vox.

Baik!!! Aku akan explain lebih dalam post seterusnya,sesiapa yang main game ni boleh add aku id:ZekstoKid. Goodluck, dan selamat mencuba!!!

Check This Out!!!

Hai, Assalammualaikum!!!

Hahahaha, excited sikit la sebab ini adalah first time buat dan tulis blog, rasa macam uuu, yaaaa, inikah blog? inikah blogger? inikah yang apa, yang, alaa, haaa yang blogspot apa semua tu?

Yezza, now i learn to use it and write on it yang bermula pada usia 18 tahun, kahkahkah, Okay!!! Nickname diberi adalah Charismatic Enigma, tapi macam susah nak sebut kan? Just call me Zack/Zek, singkatan kepada nama sebenar, berumur 18 tahun, menetap di sebuah daerah di JOHOR. Menuntut di sebuah uitm dan baru sahaja habis semester satu. Seorang remaja yang cuba melakar visi tersendiri ke arah satu perubahan generasi ke alaf kemajuan yang baharu. Gemar memasak, bersukan, menyanyi, membaca,

Tujuan menulis blog ni sebenarnya lebih kepada kecenderungan untuk belajar menulis buku dalam usaha untuk menyebarkan ideologi Charismatic Enigma yang ada dalam kepala otak ni secara meluas dalam kepala generasi melayu yang lain. Jadi, permulaan kepada usaha menulis tu tadi mungkin boleh dilatih dengan cara menulis blog(ini pun cuba2 je dulu), dan mungkin suatu hari nanti bakal menjadi penulis 'misteri' terkenal di Malaysia, muahahahaha.

Okay, cukup mukadimah sampai disitu, sebarang pertanyaan boleh diajukan sama ada untuk mengenali atau untuk sama2 bergerak membina skuad dalam usaha menggerak minda remaja malaysia